Saturday, February 6, 2010
Monday, November 9, 2009
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
Huraian Sukatan Pelajaran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
2002
Rukun Negara
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih
erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
ii
KATA PENGANTAR
Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat
mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia
untuk generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan
kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang berhasrat menyediakan peluang pendidikan
berterusan yang memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis. Penggubalan ini bertujuan
untuk menyediakan w arga Malaysia yang mampu
menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan
perubahan globalisasi yang pesat.
Huraian Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
mengandungi pelbagai aktiviti untuk membentuk
keperibadian murid yang celik budaya, imaginatif, kritis,
kreatif, inovatif dan inventif. Adalah diharapkan dengan
adanya Huraian Sukatan Pelajaran ini, para guru akan
dapat memainkan peranan memperkembangkan potensi
murid khususnya dalam kegiatan pemikiran, penyataan
idea, ekspresi diri dan penghasilan. Sesuai dengan
perkembangan semasa dan akan datang beberapa
cadangan aktiviti pembelajaran telah dipertingkatkan.
Dalam pembinaan bahan kurikulum ini, banyak pihak telah
memberi sumbangan terutamanya guru-guru, pensyarahpensyarah
maktab dan universiti serta pegaw ai-pegaw ai
Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
pihak yang ter libat.
Dr. Sharifah Maimunah bt. Syed Zin
Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
iii
i
Posted by lydia pm 4:56 AM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)
